Friday 29 June 2012

Today Like A Dream




heyy2.. Today like a dream.. hari ni hari terakhir kelas 1BR dengan cikgu BM, Puan Jamnah.. serious sedih.. sepanjang 6 bulan sekolah, dah 2 orang cikgu tinggalkan kitorang.. cikgu yang baik2 pulak tu.. haha.. okayy masa BM kitorang tertunggu2 Pn Jamnah untuk masuk kelas kitorang.. tunggu punya tunggu Pn Jamnah hanya masuk ke kelas 10 minit sebelum loceng bunyi.. sebab nak ambil gambar je.. huhu.. dah posing2 sakan semua.. salam cikgu.. aku sampai nangis2.. then murid islam pergi solat asar.. aku dengan kawan2 aku turun nak pergi surau.. tiba2 sorang kawan aku kata 'Pn Wahedah datang !'.. kitorang 5 orang terus pergi terjah cikgu yang ada kat pejabat.. macam mimpi je dapat jumpa cikgu.. aku terus peluk cikgu.. Ya Allah.. rindunya kat cikgu.. lepas tu aku dengan kawan aku suruh Pn Wahedah masuk kelas 1BR.. dalam pukul 5.50 macam tu, cikgu datang kelas kitorang.. belum lagi cikgu sampai kat kelas 1BR, kitorang semua datang kat cikgu.. huhuu.. masa tu, masa sejarah.. cikgu ambil sikit masa untuk jumpa dengan kitorang.. cikgu tanya macam mana.. semua ok ke.. lepas bagi nasihat semua, cikgu kata nak balik.. haaa.. tu yang nak nangis tuu.. bila masa Pn Wahedah nak balik, semua pakat halang.. cikgu.. rindu kitorang belum terubat lagi.. sebab kitorang hanya dapat jumpa cikgu 15 minit je.. tak apa lah.. harap dapat jumpa cikgu lagi.. hari ni 2 perkara jadi kat kitorang.. kitorang berpisah dengan Pn Jamnah & kitorang dapat jumpa dengan Pn Wahedah.. haha.. I love both teacher forever :)

Friday 22 June 2012

Sports Day




Aku tengah excited ni nak update blog haha xD.. semalam sekolah aku ada sukan.. aku masuk kawad kaki & lari 400 meter.. okayy mula2 aku datang sekolah pagi2 untuk raptai.. ada acara untuk lari jarah jauh.. 3000 meter, 1500 meter, 800 meter & 4x400 meter.. okayy tak payah cerita pasal raptai terus cerita pasal hari sukan.. acara mula dengan kawad kaki.. unit beruniform & rumah sukan.. aku masuk kawad untuk rumah merah.. memang dup dap dup dap lahh.. takut salah hentak kaki, salah formasi mahunya kena bebel.. haha.. alhamdulillah.. rumah merah berjaya buat yang terbaik ! dah habis kawad semua aku kena rushing pergi tukar baju  & pasang nombor untuk acara larian pulak.. 400 meter.. 1 acara je.. nombor aku M108 (nombor bertuah) nasib aku lah kena lari waktu petang.. penas (penat + panas) .. sebelum lari kena briefing dengan kakak aku dulu.. apa2 jelah kakak.. haha.. aku dapat nombor 4 ke 5 tak silap.. ok lah janji dah usaha.. masa dah sampai garisan penamat tu, aku tengok ada budak dah pengsan.. aku dengan muka tak bersalahnya pergi duduk bawah khemah BSMM dan terus baring.. budak2 BSMM letak ais dekat kaki aku.. fuhh.. nikmatnya.. aku pun ambil kesempatan lah (kelam).. dah hilang penat aku pergi join kawan2 aku yang tengah duduk gossip2.. then kitorang kena berkumpul dekat trek untuk majlis penutup.. tiba lah masa yang dinanti2kan.. juara kawad kaki rumah sukan & juara keseluruhan..  bila cikgu cakap juara kawad kaki ialah rumah merah, kitorang sorak.. Merah Gemilang Ohh Merah Gemilang Huu Haa ! juara keseluruhan pun rumah merah juga ! 4 tahun berturut2 ! kitorang semua bangun sambil peluk2 semua.. ada yang nangis.. tak sangka ohh.. serious sukan convent best tahap gila xD.. dan aku nak ucap terima kasih dekat jurulatih kitorang.. Cheryl, Aina , Myra & lain2 sebab dah banyak ajar kitorang kawad.. korang sanggup skip class semata2 untuk kitorang.. kitorang hargai sangat2.. tanpa korang, siapalah kitorang ni kan yang tak tau apa2.. haha.. more time, Merah Gemilang Ohh Merah Gemilang Huu Haa !! 

Monday 18 June 2012

Yang Pergi Tak Kembali

hollaa.. ceiiitt.. hari ni birthday kakak kesayangan aku.. Happy 17th Birthday, kakak ! ingat SPM.. haha.. cerita pasal date 18 Jun 2012 ni, baru aku teringat yang aku nak update pasal orang yang aku sayang tak wish birthday aku kan ? well cerita ni sedih sikit lah.. sama macam tajuk tu.. korang tau apa maksudnya kan ? aku ada sorang penjaga.. kitorang panggil dia 'Wah'.. aku pun baru tau yang sepatutnya kakak aku panggil dia 'Wan' tapi dah lekat nama 'Wah'.. ok nak bagi feeling aku gelarkan dia Arwah lah ya.. Arwah dah jaga aku sejak aku baby lagi.. aku dengan kakak aku rapat sangat dengan Arwah.. bila cuti hujung minggu kitorang tidur rumah dia.. Arwah tak ada apa2 kaitan dengan aku.. tapi aku sayang dia sangat2.. ye lah.. siapa yang tak sayang orang yang jaga kita dari kecik kan ? macam mak ayah kita.. bila Arwah jaga aku, aku dapat ramai kawan.. petang2 bila pergi rumah Arwah kitorang selalu main sama2.. cerita pasal orang yang kitorang suka.. dan macam2 lagi lah.. bila family aku balik kampung ke, pergi KL ke, mesti ajak Arwah sama.. masa aku darjah 3, aku dapat tau yang nenek aku sakit stroke.. (tak tau eja betul ke tak).. jadi kalau cuti panjang je, mesti kitorang pergi KL ziarah nenek.. then masa aku darjah 4, nak pergi KL, rumah sepupu aku.. Arwah kata dia nak ikut sama.. selepas beberapa hari dekat KL, Arwah demam.. aku ingat lagi.. malam rabu, Arwah baring kat atas katil.. dia demam panas sangat.. semua dah mula risau.. so makcik aku decided nak bawak Arwah pergi hospital.. aku sempat melawat Arwah kat hospital sekejap je.. lepas tu aku kena balik Ipoh balik.. dekat Ipoh, aku & family aku sentiasa doakan supaya Arwah sembuh.. 17 Jun 2009.. selepas seminggu Arwah kat hospital Selayang, mak aku dapat panggilan.. mengatakan yang Arwah dah pergi.. untuk selamanya.. dan aku dapat tau yang Arwah sakit Paru2 berair.. bila aku dapat tau yang Arwah dah tak ada, aku terus nangis.. esoknya 18 Jun 2009, family aku terus pergi KL.. yaa.. time tu birthday kakak aku.. yang paling sedih, aku tak sempat tengok muka Arwah.. tak sempat buat apa2 pun sebab masa dah sampai tu diorang tengah sembahyang jenazah.. aku rasa macam dah hilang semangat untuk hidup je.. tapi family aku sentiasa bagi nasihat supaya aku think positif sikit.. memang aku perasan yang ada tanda2 Arwah nak pergi.. dia tak ingat birthday aku.. selama aku hidup 9 tahun kat bumi ni, tak pernah sekali pun dia lupa birthday aku.. hmm. dah 3 tahun Arwah pergi.. aku sentiasa doakan supaya Arwah tenang di sana.. korang yang baca ni, tolong doakan Arwah supaya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman yaa.. Alfatihah..

Monday 11 June 2012

Kitorang Sayang Cikgu !



4.1.2012.. Cikgu panggil nama aku untuk masuk ke kelas 1 Bunga Raya.. dalam kelas, cikgu perkenalkan diri cikgu.. ''nama cikgu Pn. Siti Nur Wahedah bt Wahab.. cikgu akan menjadi guru kelas 1BR.. cikgu juga akan mengajar subjek Sejarah & Sivik kelas kamu''.. mula2 aku tengok cikgu ni macam garang je.. hehe.. dah lama2 baru aku rasa seronok belajar dengan cikgu.. cikgu ni pandai ambil hati murid2 dia.. mula dari hari tu, cikgu dah jadi cikgu kesayangan aku.. apa yang cikgu ni ajar boleh dikatakan semua aku faham.. sampai ujian pertama sejarah & sivik aku, aku dapat A.. lama2 cikgu kata cikgu tak mengajar subjek sivik.. cikgu lain yang ajar.. tak apalah, 1BR boleh terima.. 25.5.2012.. hari tu peperiksaan pertengahan tahun dah habis.. semua cikgu bagi kertas ujian balik.. ada keputusan yang O.K.. ada yang K.O.. haha.. masa sejarah.. tibalah Pn Wahedah masuk untuk bagi kertas sejarah.. dup dap dup dap.. alhamdulillah.. aku berjaya dapat A walaupun hanya cukup2 makan je.. terima kasih cikgu.. lepas dah lega semua, cikgu bagi kitorang cupcake.. tanda usaha kitorang yang dah meningkat.. happy sangat2.. lepastu tamat waktu sejarah, tiba2 cikgu suruh kitorang pergi belakang kelas.. cikgu kata nak tangkap gambar.. 1BR dah tau maknanya.. masa kitorang semua pergi salam cikgu ramai murid tanya, 'Cikgu, cikgu nak pindah ke ?' .. mula2 cikgu kata taktau.. lepastu cikgu kata mungkin.. kitorang dah start nangis.. cikgu nak tinggalkan kitorang tanpa sebarang pesan.. masa balik, aku dengan kawan aku cari cikgu.. hati kitorang tak tenang.. tapi, kitorang tak dapat cari cikgu.. 11.6.2012.. back to school ! aku dengan kawan2 aku masih tak puas hati selagi tak nampak Pn Wahedah.. masa perhimpunan, kitorang happy sangat sebab nampak Pn Wahedah.. yeayy ! cikgu ada lagi kat sekolah ni.. then cikgu panggil ketua kelas 1BR.. berita buruk, cikgu tangguhkan pemindahan cikgu.. hari ni hari last cikgu.. ohh nooo ! cikgu, kenapa cikgu nak tinggalkan kitorang ? masa subjek sains, nasib baiklah subjek tu 2 masa.. so Pn Wahedah ambil sikit masa untuk jumpa dengan kitorang.. cikgu bagi banyak pesanan kat kitorang.. cikgu kata nanti ada cikgu baru yang akan gantikan cikgu.. semua pakat tanya,''Cikgu tu baik macam cikgu tak ?'',''Cikgu tu cantik macam cikgu tak ?''.. dan macam2 lagi.. cikgu senyum je.. cikgu kata cikgu nak tangkap gambar.. ok lah.. gambar hari tu muka aku cam apa je.. muka nak nangis.. haha.. kitorang salam cikgu.. salam buat kali terakhir.. ada yang taknak lepaskan tangan cikgu.. ada yang salam banyak2 kali.. aku lah salah sorang nya.. lepas cikgu melangkah keluar dari kelas 1BR.. semua senyap sekejap.. ada yang nangis.. serious, susah nak cari seorang cikgu macam Pn Wahedah.. selamat tinggal, cikgu.. kitorang sayang cikgu !

Tuesday 5 June 2012

A Boring Holidays



deyy lama dah tak tengok blog aku yang sweet ni.. haha.. lama tak update.. ni disebabkan tak ada benda yang ohsemm nak cerita kat korang.. cuti2.. saya suka saya sukaa :) .. tapi cuti 2 minggu ni terlampau lama.. boringg ><  serious cakap, hidup aku sepanjang cuti sekolah ni cuma makan, tidur, youtube, tengok tv.. macam tak ada masa depan kann3 ? ceiitt.. homework saya masih terletak kemas atas meja.. lupa pula nak sentuh.. macam mana nii.. malas actually nak siapkan.. biasa la aku.. hari sabtu & ahad nak buka sekolah baru nak siapkan lepastu mula la kelam kabut.. *pengakuan berani mati* hee ~ sekarang ni cuaca panas gila.. tengah tunggu rahmat hujan ni.. ikutkan hati nak je aku duduk depan freezer lama2.. cuti sekolah ni, aku asyik layan apa tahu ? detective conan.. haha.. tak tahu kenapa tiba2 addict dengan cerita tu..  and i'm fall in love with kaitou kid.. look at that pic.. they are mine.. don't steal them form me.. or i kick you ! (oh, my English !) haha k sengall.. sekian, terima kasihh..

Tuesday 22 May 2012

I'm Thirteen !



21 Mei 2012.. hari apa tu ? ok hari Isnin lah.. tapi untuk aku 21 Mei ni tarikh yang paling bermakna untuk aku sebab tarikh ni la aku lahir kat bumi ni :).. I be a Princess for 1 Day.. heww2.. ok pagi2 lagi aku dah bangun sebab dapat mesej form my friend, Arisha.. panjang ayat dia bagi untuk birthday aku sampai aku nak baca pun malas sebab mata tengah ngantuk.. then baru nak sambung tidur tiba2 my blurr (Rein) call.. aku fikir agak2 lah dia nak wish sampai call.. mesej tak boleh ke ? lagipun nanti kat sekolah boleh wish..  rupanya dia nak tanya pasal exam seni.. alahai.. k sedih.. then aku bangun lah terus, cari mama tersayang.. ayah aku tak ada, pergi khusus.. haha.. mak aku nyanyi lagu happy birthday untuk aku ^^.. lepastu mak aku suruh siap2 nak keluar.. mak bawak pergi kedai jam.. lahaii.. mak aku tau rupanya yang jam aku hilang.. whahaha.. dah balik semua, get ready for school ! hari ni exam sejarah, seni & agama.. alahh malasnya rasa tak nak pergi sekolah.. terpaksa la.. kat sekolah ramai yang wish aku.. terharunyee.. then Rein tanya 'lahh.. birthday kamu ke hari ni ? sorry terlupa..' .. k kejam.. tapi hari ni dia bagi coklat.. haha.. malam pula aku bukak FB.. alala.. my friend semua wish kat FB rupanya.. aku rasa hari bertuah aku kot sebab semua orang layan aku baik je.. haha.. yang layan tak baiknya exam lah.. tapi sedihnya orang yang paling aku sayang dalam hidup aku tak wish.. nak tau siapa ? ok tunggu entri 18 Jun kayy.. bye :)

Monday 30 April 2012

Update



Heyyooo.. lama tak update..  haha.. actually aku busyy.. (busyy la sangatt) .. blog ni pun dah berhabuk.. hachoomm.. so aku rajinkan tangan untuk menaip memandangkan esok cuti hari pekerja.. i likeee.. hari khamis minggu lepas kat sekolah aku ada sukan tara.. kena bangun pagi .. ni yang malas ni.. dapat la jugak aku bagi markah dalam acara larian.. heww2.. bangga wehh.. lepastu ada acara lontar peluru.. malas nak melontar, aku cakap kat cikgu yang aku sakit tangan.. haha.. pandaii kann.. tu la sebab penat sampai nak update 1 ayat pun tak boleh.. haha.. alasan je tu... ehh.. siapa orang perak yang pergi Jom Heboh semalam ? aku pergi.. mak aku yang excited actually.. best juga dapat penat.. lagi satu, terima kasih kepada siapa2 yang sudi singgah kat blog aku.. alahaii.. baiknye korang.. dan terima kasih sebab tinggal jejak korang dekat chatbox.. aku baca setiap perkataan yang korang hantar ni.. tapi tak tau nak reply apa.. heh.. ok byee :)

Saturday 7 April 2012

Memorial of 2011



Heyy2.. tadi macam nak hujan.. sekarang panas pulak.. haha.. tiba2 aku teringat balik memori kat sekolah rendah dulu.. dengan kawan2, junior2, cikgu2, tukang kebun sekolahh.. cehh tak de la.. haha.. aku rindu sangat2 masa lepas habis UPSR.. perghh.. memang Merdeka lah ! haha.. kitorang banyak aktiviti lepas UPSR tu.. antaranya drama muzikal, action song, sketch, nasyid dan macam2 lagi lah.. tapi aku tak ada lah masuk semua.. just masuk action song je.. hihi.. lepas dah habis semua aktiviti, kerja aku dengan geng aku apa lagi.. merayap lah.. tawaf satu sekolah.. kah3.. ye lah mana taknya.. bosan duduk dalam kelas.. kitorang cari lah kerja.. tolong cikgu lah, kemas stor sukan lah.. tapi tak juga kemas stor tu.. haha.. sekarang ramai kawan aku dah pergi masuk asrama, tukar sekolah.. huhu.. rindu diorang la.. kalau aku boleh putar balik masa, aku nak sangat balik ke masa yang memang best sangat2.. huhuk :(

Saturday 31 March 2012

Earth Hour 2012



Aku tengah menaip dalam kegelapan.. haha.. tak apa.. bulan sentiasa ada dengan aku.. ( cehh.. ayat tak boleh pegi ).. siapa yang tengah bergelap sekarang ? alohh.. 1 jam je pun.. woo.. tahniah diucapkan.. sayang juga korang kat bumi kita ni ye.. ye la.. kalau tak ada bumi mana kita nak tinggal ? planet marikh ? haha.. pegii la kalau berani..  tapi takut jugak.. aku tengah duduk sorang2 ni.. takut pulak ada yang duduk sebelah aku ni.. haha.. ehh2.. jangan cakap.. nanti betul2 ada karang.. maunya pengsan 2 minit.. haha.. ok lahh.. selamat ber-earth hour.. haha.. :D

Thursday 29 March 2012

I Love You, Friend



Haii2.. aku happy sangat hari ni.. haha.. sebab kan2, masalah aku dengan kawan baik aku dah selesai.. baru tadi.. masa tengah gaduh2 tu, aku sampai nangis2 ohh.. buat malu je.. haha..mana tak nya.. sebab kawan kan.. sekarang baru lah hati aku ni rasa seronok sikit.. seriously aku memang rapat dengan kawan2 aku.. sampai kalau kitorang renggang sikit je, dah ada orang lain tegur.. hehe.. heyy kawan.. aku sayang kau lahh ^^

Friday 16 March 2012

Follower Bertuah ! :)

Tadi bukak blog.. belek2 dekat dashboard.. pastu, tiba2 mata ni dok fokus kat widget follower.. perghh ? 100 follower ? biar betul.. padahal aku ni baru je berblogging.. haha.. yela.. ape2 pon bangga kan.. lepas tu, tengok la siapa follower aku yang ke-100 tu ? haa.. ni nak bagitau ni.. siapa yang bertuah tu ?

Haa.. tengok2.. haha.. siapa2 yang tak percaya tu, nah bukti..  

Siapa yang bertuah tu ? meh sini tengokk ! 

Kak Afiqah Shuhada ! haha.. penggil kakak ye.. hormat2 :). Lepastu, sibuk la mencari FB kakak ni.. jumpa punn kat blog dia yang cute miut tu.. hehe.. lepas dapat FB, tangan ni dok gatal lagi save gambar dia.. sorry ye kak, curi gambar.. nak bagi hadiah ni.. haha.. hadiahnya tak seberapa.. cuma gambar yang diedit je.. 


Haaa.. cantik tak ? cehh.. jangan jeles.. khas untuk kak Afiqah tauu.. Tahniah, kak !

Wednesday 14 March 2012

Segmen : Suaikenal | Taaruf | Ice-breaking


Klik Gambar untuk Join !

Heyy Hoyy ! (ayat biasa) .. ok sebenarnya aku dah ditag oleh seorang blogger cute ni : Kak Wana .. panggil kakak ye.. haha.. dia nak kenal aku untuk segmen Ice-Breaking.. waa.. ada jugak peminat aku rupenye.. haha (perasan dahh) .. ok tanpa banyak membebel, bercakap, merapu dan sewaktu dengannya, ok jom baca same2 !
Nama aku Anis Shafiha binti Mohd Noor.. ramai manusia panggil aku Anis..  aku wujud kat dunia ni pada 21 Mei 1999 kat Hospital Besar Ipoh.. dah 13 tahun aku hidup rupanya.. haha.. dari aku darjah 1 hingga darjah 6, aku bersekolah kat SK Marian Convent, Ipoh. Sepanjang 6 tahun aku kat sekolah tu, banyak kenangan manis, pahit, masam, & manis yang aku dapat.. terutama dengan kawan2.. 
Sekarang, 2012 aku dah masuk form 1.. dah ada kat alam sekolah menengah.. aku skarang belajar kat SMK Convent, kakak kepada SK Marian Convent .. haha.. Tak banyak yang aku boleh cerita.. baru 13 tahun hidup tak banyak pengalaman.. Ok byee.. 

Kene tag seorang blogger ke ? alahaii.. bantai je la.. 
Aku tag : Diana

Friday 9 March 2012

Finally, Exam is Over !



Hoyy.. hoyy ! aku dah habis exam ! excited beb ! haha.. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik.. tapi Agama dengan Sains aku jawab macam !@#$%^&* .. hahaha.. harap dapat keputusan yang ok la.. jangan gagal sudahh ! tapi aku nak lupakan pasal exam dulu.. nak enjoy puas2 cuti ni.. hehe.. ok byee !

Sunday 4 March 2012

Exam, You Make Me Stress !



Stress ! Stress ! Stress ! ok.. esok exam derr.. haha.. actually aku dah habis buat revision dah.. cumaa.. ye laa.. takot sehh.. sebab ni first exam aku kat sekolah menengah.. BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, PJK, Agama, Sivik, Seni & KH ! perghh.. walaupun 4 hari je, tapi aku rasa berdebar..  dup dap dup dap.. huhu..  aku harap dapat buat apa yang aku mampu.. amin ~

Saturday 18 February 2012

SKMC, Here I Come !



Hello.. hari ni aku datang sekolah lama aku balik.. SK Marian Convent.. sebab apa ? sebab nak ambil anugerah..ok pagi2 lagi aku dah bangun.. biasa la.. excited nak jumpa kawan yang dah pindah sekolah, yang pergi asrama.. lepas tu, aku pergi la dewan sekolah.. fuhh.. cantik ohh ! cikgu suruh aku pergi buat pendaftaran.. masa aku nak pergi kelas untuk pendaftaran, ada pulak junior2 tanya aku 'ehh.. Anis ke ni ??' .. nak je aku balas balik 'ehh.. tak la.. ni Sha.. Anis ada kat rumah' .. haha.. tak apa la.. mungkin diorang dah tak cam aku.. huhu.. sedihnyee.. lepas dah habis majlis tu, aku dengan kawan2 pergi la kantin.. ada jamuan.. masa nak balik, aku salam cikgu.. cikgu2 siap peluk cium aku tu.. haha.. terharuu.. ok la.. aku harap kalau ada masa nanti aku terjah lagi sekolah nii.. haha.. bye SKMC.. ialwaysloveyouu :)

Wednesday 4 January 2012

SMC Terbaekk !



Salam.. ok semalam first day aku masuk sekolah menengah, Sekolah Menengah Convent.. sementara nak tunggu tawaran mana2 asrama, aku sekolah kat situ.. ok ok je semalam.. cuma boring sikit la.. haha.. hari ni ada orientasi.. lawatan 1 sekolah.. helo2.. bukan lawatan 1 Malaysia ok ! ^^ sekolahnye besar ohh ! kalau silap jalan alamatnya boleh sesat la.. haha.. nasib baik cikgu buat lawatan tu.. apa2 pon, SMC terbaekk la !

Sunday 1 January 2012

2012 Be Nice To Me :)



helo2.. happy new year ! waaa.. tak sangka dah 2012.. n aku dah masuk form 1.. sweet 13 :) dari jadi senior, terus ke junior.. haha.. teringat balik memori 2011.. banyak kenangan kat sekolah.. dengan kawan2 terutamanye.. rindu semua tu.. tapi dah masuk form 1 ni, kawan2 ada yang ke asrama, tukar sekolah & etc. so tak dapat jumpa la.. n junior2 yang sekarang ni melangkah ke darjah 6, bersedialah untuk UPSR ! jadi macam kitorang dulu.. padan muka ! >< cehh.. tak ada la.. gurau je sayangg.. gud luck ! aku doakan korang berjaye untuk UPSR nanti.. :) tahun baru, azam baru.. jangan pakai azam lama sudaa.. haha.. ok la.. 2012 ni aku harap aku happy2 jerk.. byee.. salam ~