Monday, 11 June 2012

Kitorang Sayang Cikgu !



4.1.2012.. Cikgu panggil nama aku untuk masuk ke kelas 1 Bunga Raya.. dalam kelas, cikgu perkenalkan diri cikgu.. ''nama cikgu Pn. Siti Nur Wahedah bt Wahab.. cikgu akan menjadi guru kelas 1BR.. cikgu juga akan mengajar subjek Sejarah & Sivik kelas kamu''.. mula2 aku tengok cikgu ni macam garang je.. hehe.. dah lama2 baru aku rasa seronok belajar dengan cikgu.. cikgu ni pandai ambil hati murid2 dia.. mula dari hari tu, cikgu dah jadi cikgu kesayangan aku.. apa yang cikgu ni ajar boleh dikatakan semua aku faham.. sampai ujian pertama sejarah & sivik aku, aku dapat A.. lama2 cikgu kata cikgu tak mengajar subjek sivik.. cikgu lain yang ajar.. tak apalah, 1BR boleh terima.. 25.5.2012.. hari tu peperiksaan pertengahan tahun dah habis.. semua cikgu bagi kertas ujian balik.. ada keputusan yang O.K.. ada yang K.O.. haha.. masa sejarah.. tibalah Pn Wahedah masuk untuk bagi kertas sejarah.. dup dap dup dap.. alhamdulillah.. aku berjaya dapat A walaupun hanya cukup2 makan je.. terima kasih cikgu.. lepas dah lega semua, cikgu bagi kitorang cupcake.. tanda usaha kitorang yang dah meningkat.. happy sangat2.. lepastu tamat waktu sejarah, tiba2 cikgu suruh kitorang pergi belakang kelas.. cikgu kata nak tangkap gambar.. 1BR dah tau maknanya.. masa kitorang semua pergi salam cikgu ramai murid tanya, 'Cikgu, cikgu nak pindah ke ?' .. mula2 cikgu kata taktau.. lepastu cikgu kata mungkin.. kitorang dah start nangis.. cikgu nak tinggalkan kitorang tanpa sebarang pesan.. masa balik, aku dengan kawan aku cari cikgu.. hati kitorang tak tenang.. tapi, kitorang tak dapat cari cikgu.. 11.6.2012.. back to school ! aku dengan kawan2 aku masih tak puas hati selagi tak nampak Pn Wahedah.. masa perhimpunan, kitorang happy sangat sebab nampak Pn Wahedah.. yeayy ! cikgu ada lagi kat sekolah ni.. then cikgu panggil ketua kelas 1BR.. berita buruk, cikgu tangguhkan pemindahan cikgu.. hari ni hari last cikgu.. ohh nooo ! cikgu, kenapa cikgu nak tinggalkan kitorang ? masa subjek sains, nasib baiklah subjek tu 2 masa.. so Pn Wahedah ambil sikit masa untuk jumpa dengan kitorang.. cikgu bagi banyak pesanan kat kitorang.. cikgu kata nanti ada cikgu baru yang akan gantikan cikgu.. semua pakat tanya,''Cikgu tu baik macam cikgu tak ?'',''Cikgu tu cantik macam cikgu tak ?''.. dan macam2 lagi.. cikgu senyum je.. cikgu kata cikgu nak tangkap gambar.. ok lah.. gambar hari tu muka aku cam apa je.. muka nak nangis.. haha.. kitorang salam cikgu.. salam buat kali terakhir.. ada yang taknak lepaskan tangan cikgu.. ada yang salam banyak2 kali.. aku lah salah sorang nya.. lepas cikgu melangkah keluar dari kelas 1BR.. semua senyap sekejap.. ada yang nangis.. serious, susah nak cari seorang cikgu macam Pn Wahedah.. selamat tinggal, cikgu.. kitorang sayang cikgu !