Monday 18 June 2012

Yang Pergi Tak Kembali

hollaa.. ceiiitt.. hari ni birthday kakak kesayangan aku.. Happy 17th Birthday, kakak ! ingat SPM.. haha.. cerita pasal date 18 Jun 2012 ni, baru aku teringat yang aku nak update pasal orang yang aku sayang tak wish birthday aku kan ? well cerita ni sedih sikit lah.. sama macam tajuk tu.. korang tau apa maksudnya kan ? aku ada sorang penjaga.. kitorang panggil dia 'Wah'.. aku pun baru tau yang sepatutnya kakak aku panggil dia 'Wan' tapi dah lekat nama 'Wah'.. ok nak bagi feeling aku gelarkan dia Arwah lah ya.. Arwah dah jaga aku sejak aku baby lagi.. aku dengan kakak aku rapat sangat dengan Arwah.. bila cuti hujung minggu kitorang tidur rumah dia.. Arwah tak ada apa2 kaitan dengan aku.. tapi aku sayang dia sangat2.. ye lah.. siapa yang tak sayang orang yang jaga kita dari kecik kan ? macam mak ayah kita.. bila Arwah jaga aku, aku dapat ramai kawan.. petang2 bila pergi rumah Arwah kitorang selalu main sama2.. cerita pasal orang yang kitorang suka.. dan macam2 lagi lah.. bila family aku balik kampung ke, pergi KL ke, mesti ajak Arwah sama.. masa aku darjah 3, aku dapat tau yang nenek aku sakit stroke.. (tak tau eja betul ke tak).. jadi kalau cuti panjang je, mesti kitorang pergi KL ziarah nenek.. then masa aku darjah 4, nak pergi KL, rumah sepupu aku.. Arwah kata dia nak ikut sama.. selepas beberapa hari dekat KL, Arwah demam.. aku ingat lagi.. malam rabu, Arwah baring kat atas katil.. dia demam panas sangat.. semua dah mula risau.. so makcik aku decided nak bawak Arwah pergi hospital.. aku sempat melawat Arwah kat hospital sekejap je.. lepas tu aku kena balik Ipoh balik.. dekat Ipoh, aku & family aku sentiasa doakan supaya Arwah sembuh.. 17 Jun 2009.. selepas seminggu Arwah kat hospital Selayang, mak aku dapat panggilan.. mengatakan yang Arwah dah pergi.. untuk selamanya.. dan aku dapat tau yang Arwah sakit Paru2 berair.. bila aku dapat tau yang Arwah dah tak ada, aku terus nangis.. esoknya 18 Jun 2009, family aku terus pergi KL.. yaa.. time tu birthday kakak aku.. yang paling sedih, aku tak sempat tengok muka Arwah.. tak sempat buat apa2 pun sebab masa dah sampai tu diorang tengah sembahyang jenazah.. aku rasa macam dah hilang semangat untuk hidup je.. tapi family aku sentiasa bagi nasihat supaya aku think positif sikit.. memang aku perasan yang ada tanda2 Arwah nak pergi.. dia tak ingat birthday aku.. selama aku hidup 9 tahun kat bumi ni, tak pernah sekali pun dia lupa birthday aku.. hmm. dah 3 tahun Arwah pergi.. aku sentiasa doakan supaya Arwah tenang di sana.. korang yang baca ni, tolong doakan Arwah supaya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman yaa.. Alfatihah..