Friday, 29 June 2012

Today Like A Dream




heyy2.. Today like a dream.. hari ni hari terakhir kelas 1BR dengan cikgu BM, Puan Jamnah.. serious sedih.. sepanjang 6 bulan sekolah, dah 2 orang cikgu tinggalkan kitorang.. cikgu yang baik2 pulak tu.. haha.. okayy masa BM kitorang tertunggu2 Pn Jamnah untuk masuk kelas kitorang.. tunggu punya tunggu Pn Jamnah hanya masuk ke kelas 10 minit sebelum loceng bunyi.. sebab nak ambil gambar je.. huhu.. dah posing2 sakan semua.. salam cikgu.. aku sampai nangis2.. then murid islam pergi solat asar.. aku dengan kawan2 aku turun nak pergi surau.. tiba2 sorang kawan aku kata 'Pn Wahedah datang !'.. kitorang 5 orang terus pergi terjah cikgu yang ada kat pejabat.. macam mimpi je dapat jumpa cikgu.. aku terus peluk cikgu.. Ya Allah.. rindunya kat cikgu.. lepas tu aku dengan kawan aku suruh Pn Wahedah masuk kelas 1BR.. dalam pukul 5.50 macam tu, cikgu datang kelas kitorang.. belum lagi cikgu sampai kat kelas 1BR, kitorang semua datang kat cikgu.. huhuu.. masa tu, masa sejarah.. cikgu ambil sikit masa untuk jumpa dengan kitorang.. cikgu tanya macam mana.. semua ok ke.. lepas bagi nasihat semua, cikgu kata nak balik.. haaa.. tu yang nak nangis tuu.. bila masa Pn Wahedah nak balik, semua pakat halang.. cikgu.. rindu kitorang belum terubat lagi.. sebab kitorang hanya dapat jumpa cikgu 15 minit je.. tak apa lah.. harap dapat jumpa cikgu lagi.. hari ni 2 perkara jadi kat kitorang.. kitorang berpisah dengan Pn Jamnah & kitorang dapat jumpa dengan Pn Wahedah.. haha.. I love both teacher forever :)

Friday, 22 June 2012

Sports Day




Aku tengah excited ni nak update blog haha xD.. semalam sekolah aku ada sukan.. aku masuk kawad kaki & lari 400 meter.. okayy mula2 aku datang sekolah pagi2 untuk raptai.. ada acara untuk lari jarah jauh.. 3000 meter, 1500 meter, 800 meter & 4x400 meter.. okayy tak payah cerita pasal raptai terus cerita pasal hari sukan.. acara mula dengan kawad kaki.. unit beruniform & rumah sukan.. aku masuk kawad untuk rumah merah.. memang dup dap dup dap lahh.. takut salah hentak kaki, salah formasi mahunya kena bebel.. haha.. alhamdulillah.. rumah merah berjaya buat yang terbaik ! dah habis kawad semua aku kena rushing pergi tukar baju  & pasang nombor untuk acara larian pulak.. 400 meter.. 1 acara je.. nombor aku M108 (nombor bertuah) nasib aku lah kena lari waktu petang.. penas (penat + panas) .. sebelum lari kena briefing dengan kakak aku dulu.. apa2 jelah kakak.. haha.. aku dapat nombor 4 ke 5 tak silap.. ok lah janji dah usaha.. masa dah sampai garisan penamat tu, aku tengok ada budak dah pengsan.. aku dengan muka tak bersalahnya pergi duduk bawah khemah BSMM dan terus baring.. budak2 BSMM letak ais dekat kaki aku.. fuhh.. nikmatnya.. aku pun ambil kesempatan lah (kelam).. dah hilang penat aku pergi join kawan2 aku yang tengah duduk gossip2.. then kitorang kena berkumpul dekat trek untuk majlis penutup.. tiba lah masa yang dinanti2kan.. juara kawad kaki rumah sukan & juara keseluruhan..  bila cikgu cakap juara kawad kaki ialah rumah merah, kitorang sorak.. Merah Gemilang Ohh Merah Gemilang Huu Haa ! juara keseluruhan pun rumah merah juga ! 4 tahun berturut2 ! kitorang semua bangun sambil peluk2 semua.. ada yang nangis.. tak sangka ohh.. serious sukan convent best tahap gila xD.. dan aku nak ucap terima kasih dekat jurulatih kitorang.. Cheryl, Aina , Myra & lain2 sebab dah banyak ajar kitorang kawad.. korang sanggup skip class semata2 untuk kitorang.. kitorang hargai sangat2.. tanpa korang, siapalah kitorang ni kan yang tak tau apa2.. haha.. more time, Merah Gemilang Ohh Merah Gemilang Huu Haa !! 

Monday, 18 June 2012

Yang Pergi Tak Kembali

hollaa.. ceiiitt.. hari ni birthday kakak kesayangan aku.. Happy 17th Birthday, kakak ! ingat SPM.. haha.. cerita pasal date 18 Jun 2012 ni, baru aku teringat yang aku nak update pasal orang yang aku sayang tak wish birthday aku kan ? well cerita ni sedih sikit lah.. sama macam tajuk tu.. korang tau apa maksudnya kan ? aku ada sorang penjaga.. kitorang panggil dia 'Wah'.. aku pun baru tau yang sepatutnya kakak aku panggil dia 'Wan' tapi dah lekat nama 'Wah'.. ok nak bagi feeling aku gelarkan dia Arwah lah ya.. Arwah dah jaga aku sejak aku baby lagi.. aku dengan kakak aku rapat sangat dengan Arwah.. bila cuti hujung minggu kitorang tidur rumah dia.. Arwah tak ada apa2 kaitan dengan aku.. tapi aku sayang dia sangat2.. ye lah.. siapa yang tak sayang orang yang jaga kita dari kecik kan ? macam mak ayah kita.. bila Arwah jaga aku, aku dapat ramai kawan.. petang2 bila pergi rumah Arwah kitorang selalu main sama2.. cerita pasal orang yang kitorang suka.. dan macam2 lagi lah.. bila family aku balik kampung ke, pergi KL ke, mesti ajak Arwah sama.. masa aku darjah 3, aku dapat tau yang nenek aku sakit stroke.. (tak tau eja betul ke tak).. jadi kalau cuti panjang je, mesti kitorang pergi KL ziarah nenek.. then masa aku darjah 4, nak pergi KL, rumah sepupu aku.. Arwah kata dia nak ikut sama.. selepas beberapa hari dekat KL, Arwah demam.. aku ingat lagi.. malam rabu, Arwah baring kat atas katil.. dia demam panas sangat.. semua dah mula risau.. so makcik aku decided nak bawak Arwah pergi hospital.. aku sempat melawat Arwah kat hospital sekejap je.. lepas tu aku kena balik Ipoh balik.. dekat Ipoh, aku & family aku sentiasa doakan supaya Arwah sembuh.. 17 Jun 2009.. selepas seminggu Arwah kat hospital Selayang, mak aku dapat panggilan.. mengatakan yang Arwah dah pergi.. untuk selamanya.. dan aku dapat tau yang Arwah sakit Paru2 berair.. bila aku dapat tau yang Arwah dah tak ada, aku terus nangis.. esoknya 18 Jun 2009, family aku terus pergi KL.. yaa.. time tu birthday kakak aku.. yang paling sedih, aku tak sempat tengok muka Arwah.. tak sempat buat apa2 pun sebab masa dah sampai tu diorang tengah sembahyang jenazah.. aku rasa macam dah hilang semangat untuk hidup je.. tapi family aku sentiasa bagi nasihat supaya aku think positif sikit.. memang aku perasan yang ada tanda2 Arwah nak pergi.. dia tak ingat birthday aku.. selama aku hidup 9 tahun kat bumi ni, tak pernah sekali pun dia lupa birthday aku.. hmm. dah 3 tahun Arwah pergi.. aku sentiasa doakan supaya Arwah tenang di sana.. korang yang baca ni, tolong doakan Arwah supaya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman yaa.. Alfatihah..

Monday, 11 June 2012

Kitorang Sayang Cikgu !



4.1.2012.. Cikgu panggil nama aku untuk masuk ke kelas 1 Bunga Raya.. dalam kelas, cikgu perkenalkan diri cikgu.. ''nama cikgu Pn. Siti Nur Wahedah bt Wahab.. cikgu akan menjadi guru kelas 1BR.. cikgu juga akan mengajar subjek Sejarah & Sivik kelas kamu''.. mula2 aku tengok cikgu ni macam garang je.. hehe.. dah lama2 baru aku rasa seronok belajar dengan cikgu.. cikgu ni pandai ambil hati murid2 dia.. mula dari hari tu, cikgu dah jadi cikgu kesayangan aku.. apa yang cikgu ni ajar boleh dikatakan semua aku faham.. sampai ujian pertama sejarah & sivik aku, aku dapat A.. lama2 cikgu kata cikgu tak mengajar subjek sivik.. cikgu lain yang ajar.. tak apalah, 1BR boleh terima.. 25.5.2012.. hari tu peperiksaan pertengahan tahun dah habis.. semua cikgu bagi kertas ujian balik.. ada keputusan yang O.K.. ada yang K.O.. haha.. masa sejarah.. tibalah Pn Wahedah masuk untuk bagi kertas sejarah.. dup dap dup dap.. alhamdulillah.. aku berjaya dapat A walaupun hanya cukup2 makan je.. terima kasih cikgu.. lepas dah lega semua, cikgu bagi kitorang cupcake.. tanda usaha kitorang yang dah meningkat.. happy sangat2.. lepastu tamat waktu sejarah, tiba2 cikgu suruh kitorang pergi belakang kelas.. cikgu kata nak tangkap gambar.. 1BR dah tau maknanya.. masa kitorang semua pergi salam cikgu ramai murid tanya, 'Cikgu, cikgu nak pindah ke ?' .. mula2 cikgu kata taktau.. lepastu cikgu kata mungkin.. kitorang dah start nangis.. cikgu nak tinggalkan kitorang tanpa sebarang pesan.. masa balik, aku dengan kawan aku cari cikgu.. hati kitorang tak tenang.. tapi, kitorang tak dapat cari cikgu.. 11.6.2012.. back to school ! aku dengan kawan2 aku masih tak puas hati selagi tak nampak Pn Wahedah.. masa perhimpunan, kitorang happy sangat sebab nampak Pn Wahedah.. yeayy ! cikgu ada lagi kat sekolah ni.. then cikgu panggil ketua kelas 1BR.. berita buruk, cikgu tangguhkan pemindahan cikgu.. hari ni hari last cikgu.. ohh nooo ! cikgu, kenapa cikgu nak tinggalkan kitorang ? masa subjek sains, nasib baiklah subjek tu 2 masa.. so Pn Wahedah ambil sikit masa untuk jumpa dengan kitorang.. cikgu bagi banyak pesanan kat kitorang.. cikgu kata nanti ada cikgu baru yang akan gantikan cikgu.. semua pakat tanya,''Cikgu tu baik macam cikgu tak ?'',''Cikgu tu cantik macam cikgu tak ?''.. dan macam2 lagi.. cikgu senyum je.. cikgu kata cikgu nak tangkap gambar.. ok lah.. gambar hari tu muka aku cam apa je.. muka nak nangis.. haha.. kitorang salam cikgu.. salam buat kali terakhir.. ada yang taknak lepaskan tangan cikgu.. ada yang salam banyak2 kali.. aku lah salah sorang nya.. lepas cikgu melangkah keluar dari kelas 1BR.. semua senyap sekejap.. ada yang nangis.. serious, susah nak cari seorang cikgu macam Pn Wahedah.. selamat tinggal, cikgu.. kitorang sayang cikgu !